Perjalanan ini
semakin hari semakin jauh
meninggalkan aku
terpaksa ku berlari
dan berlari mendapatkannya
pernah aku tercari-cari
jalan-jalan didepanku
simpang yang ingin kulalui
disetiap persimpangan itu
adanya sesuatu yg menungguku
dalam tawa dalam duka
semuanya terselit satu cerita
didalam meniti perjalanan
berbekalkan keazaman dan keinsafan
didalam diri ini
semakin jauh ku berlari mendapatkannya
semakin jauh juga ia pergi meninggalkanku
andai itu dugaannya
kuterima dengan tabah
dan ku bersyukur
kerana aku masih diperjalanan ini
walaupun aku pernah terjatuh
akan ku bangun juga untuk menuju ke destinasi itu
insyaallah!